Followers

Friday, April 29, 2011

Tukar ke tak ni?


"sape2 taw jam EGYPT tukar ke x? ceq fenin la... skrg kul brapa? 6 pg ke 7 pg?" keluh seseorang di Facebook.


"Skrg ni kul 12 ke kul 1??" tulis junior saya di YM.


"egypt buat pale sdr..x nk daylight saving! woi egypt ko igt sng ke nk bgn subuh kol 3 stgh pg!! ~"   marah kawan saya di Twitter.


Apa itu Daylight Saving Time (DST)?


Daylight Saving Time (atau masa musim panas seperti yang disebut di kebanyakan negara) ialah satu cara untuk mendapatkan cahaya yang lebih pada siang hari dengan menambahkan atau mempercepatkan selama 1 jam semasa musim panas.


Semasa DST, matahari akan muncul 1 jam lebih lambat pada waktu pagi, semasa manusia sedang tidur pada kebiasaannya, dan akan terbenam 1 jam lebih lambat pada waktu senja, menghasilkan siang yang lebih panjang.


Bila kita perlu tukar jam?


Bagi negara-negara di hemisfera utara, DST bermula pada sekitar bulan Mac-April dan berakhir pada sekitar bulan September-November manakala negara-negara di hemisfera selatan pula, DST bermula pada sekitar bulan September-November dan berakhir pada sekitar bulan Mac-April.


Kenapa perlu DST?


Banyak negara yang menerima dan menggunakan DST, tidak kurang juga yang menolak. Antara sebab mengapa sesetengah negara mengimplementasikan DST adalah dengan harapan mereka boleh memanfaatkan cahaya pada waktu siang, seperti dapat mengurangkan kemalangan jalan raya.


Selain itu, ia juga dapat memberikan waktu yang lebih untuk kanak-kanak meluangkan masa mereka dengan keluarga. Dalam industri pelancongan, ia dapat memberikan pulangan yang besar kepada sesebuah negara kerana para pelancong dapat menggunakan sepenuhnya masa pada siang hari untuk aktiviti pelancongan.


DST juga dipercayai dapat menjimatkan penggunaan tenaga cahaya tiruan seperti lampu dan sebagainya. Walaubagaimanapun, ramai juga yang menolak tentang teori penjimatan penggunaan sumber ini.


Apakah sejarah DST?


Benjamin Franklin adalah orang yang bertanggungjawab mengasaskan DST pada tahun 1874. Akan tetapi, pada tahun 1895, seorang pakar entomologi daripada New Zealand, George Vernon Hudson telah membentangkan proposal beliau kepada Wellington Philosophical Society.


Konsep sebenar DST pada masa kini telah dipelopori oleh William Willet pada tahun 1905 di mana beliau telah membentangkan supaya masa ditambahkan semasa musim panas. Proposal belaiu telah diterbitakn 2 tahun berikutnya dan diperkenalkan kepada House of Commons pada Februari 1908.


Mesir & DST


Pasca revolusi, setelah dibuat poll berkaitan DST di laman web rasmi kerajaan, hampir 80% di kalangan penduduk Mesir menolak DST pada tahun ini. Sumber di sini. Jadi, adik-adik tahun 1 yang baru datang tahun ini tak dapat la nak merasa suasana tukar jam. :p Takpe, kita tengok tahun depan pulak ye macam mane! ;)


Apapun, tukar jam atau tak, kita masih mempunyai 24 jam yang sama. Why bother? :) Terpulang kepada kita sendirilah untuk menguruskan masa dengan baik.




الوقت كالسيف فإن لم تقطعه قطعك

"Masa itu ibarat pedang. Jika kamu tak memotongnya, maka masa akan memotong kamu"

2 comments:

  1. salam. hehe. mcm pernah nampak je status seseorang kt fb. bukan ape, rasanya org tu tnye sbb takut tersilap waktu nk pegi kelas. xbother sgt pun. actually we can get more than 24hours/day if you really want to.

    ReplyDelete
  2. wslm.hehe.pernah nampak ke?kat mane?:p.betoi tu.it depends on how you manage your time.

    ReplyDelete