Followers

Saturday, August 20, 2011

Ais Ketul vs Minyak Panas

Hanif; sebelum jatuh tersembam

"Kenapa kita letak ais dekat tempat yang sakit?" begitulah soalan abang saya ketika saya pulang bercuti pada tahun 2008 yang lalu.

Kebetulan pada masa itu anak saudara saya jatuh tersembam dan dahinya bengkak teruk. Saya diam kerana tak dapat menjawab soalan tersebut.

Baru-baru ini, semasa sedang belajar dalam round Perubatan Fizikal, Reumatologi & Rehabilitasi, baru saya tahu rupa-rupanya kesan suhu juga boleh melegakan sakit.

Kesan suhu yang sejuk boleh menyebabkan pemvasocerutan (pengecilan diameter) pembuluh-pembuluh darah, mengurangkan respon infalamasi akut, memperlahankan kelajuan aliran saraf, mengurangkan aktiviti otot gelendung dalam kes kejang, dan meningkatkan nilai ambang (threshold) kesakitan pada saraf yang seterusnya mengurangkan rasa sakit pada anggota badan kita.


Biasanya, terapi penyejukan digunakan pada kes-kes yang akut (awal). Sebab itu kita lihat pasukan paramedik meletakkan ketulan ais pada pemain-pemain bola yang cedera dalam perlawanan.

Manakala kesan suhu yang panas pula, ia akan menyebabkan pemvasodilatan (pembesaran diameter) pembuluh-pembuluh darah, meningkatkan ketelapan kapilari dan metabolisma tisu yang semua ini akan mempercepatkan proses pembaikan pada tisu-tisu yang cedera.


Biasanya terapi pemanasan ini digunakan untuk merawat kes-kes yang kronik (lewat). Sebab itu kita melihat tukang-tukang urut menggunakan minyak panas semasa mengurut.

Sebenarnya, banyak lagi rawatan-rawatan tradisional yang masih lagi tak dibuktikan kesahihannya melalui kaedah saintifik.

Ramadhan Kareem :)

p/s: Doakan saya dan rakan-rakan tahun 5 yang akan menduduki peperiksaan akhir selepas raya