BOSPHORUS CRUISE
Saya dan Azhan siap awal pagi itu. Kami excited untuk menikmati sarapan pagi seperti yang dijanjikan dalam pakej kami selama seminggu itu. Kami membayangkan makanan yang sedap-sedap seperti omlet, lazagnia dan sebagainya. Tengok-tengok roti biasa saja. Walau apapun, kami tetap bersyukur di atas nikmat kerana berapa ramai saudara-saudara seIslam kita seperti di Palestin dan sebagainya yang tak dapat makan selama beberapa hari.
Aktiviti kami pada hari ini memang sudah terdapat di dalam jadual pihak travel agent. Ia termasuk dalam bayaran kami bersama-sama tiket flight dan hotel. Seawal pagi kami menunggu bas di lobi hotel. Kami kemudian dibawa ke Kabatas di mana terdapat banyak bot-bot dan feri di situ. Kami dibawa menaiki feri itu untuk menyusuri Selat Bosphorus iaitu selat yang memisahkan Turki di antara dua benua, iaitu Benua Asia dan Benua Eropah.
"Sejuk jugak ni," kata Hisham. Kami tak dapat membayangkan bagaimana sahabat-sahabat kami yang pernah datang pada musim sejuk dahulu. Mesti lagi sejuk.
Terdapat dua jambatan yang menghubungkan antara Turki di Benua Asia dan Turki di Benua Eropah ; Bosphorus Bridge dan Ataturk Bridge. Kedua-dua jambatan ini ialah jambatan gantung. Cuba anda lihat betul-betul. Kedua-dua tiang jambatan ini terletak di atas tanah di darat dan tiada tiang penyokong pun di bahagian air. Bahagian tengah jambatan ini disokong oleh kabel-kabel yang disambungkan di setiap bahagian jambatan ini dan diakhirkan di kedua-dua tiang jambatan ini. Untuk mengelakkan kedua-dua tiang ini tumbang, ia ditarik oleh dua kabel yang kuat pada hujung atas tiang-tiang itu yang seterusnya dibenamkan ke dalam tanah. Dengan ini, kapal-kapal besar boleh melalui selat ini dengan mudah.
Berlatar belakangkan Kubu Sultan Muhammad Al-Fatih
Dolmabache
Seusai solat Jumaat dan berehat-rehat, kami meneruskan aktiviti kami dengan melawati Dolmabache iaitu sebuah bangunan pentadbiran dan kediaman para Khalifah Othmaniyah senhinggalah ke zaman Mustafa Kamal Ataturk.
Bersama tentera pengawal keselamatan
Ia dibina pada tahun 1456 Masihi oleh Sultan Abdul Majid I. Beliau tidak sempat untuk mendiami Dolmabache kerana beliau meninggal dunia beberapa tahun selepas itu. Kemudian ia diduduki oleh adiknya, Sultan Abdul Aziz I.
Ia dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian Salam untuk bangunan pentadbiran dan tetamu dan bahagian Haram untuk kediaman pemerintah pada zaman itu. Terdapat 16 bahagian untuk tetamu dan 285 buah bilik di dalamnya. Ia dilengkapi dengan kristal dan chandelier yang beratnya lebih kurang 1 hingga 1.5 tan.
Mustafa Kamal Ataturk pernah tinggal 4 tahun di situ dan meninggal dunia juga di situ pada tahun 1938 ketika usia beliau 57 tahun. Beliau dikhabarkan meninggal dunia kerana disebabkan penyakit hati iaitu cirrhosis. Kemudian kami diberitahu jenazah beliau dikebumikan di Ankara, ibu negara Turki sekarang.
Tidak ada seorang pun di antara kami mahupun pelancong-pelancong asing yang bertanyakan di manakah lokasi tepat beliau dikebumikan di Ankara. Kerana kita semua sedia maklum bahawa jenazah beliau tidak diterima bumi kerana dosa beliau yang menjatuhkan sistem khalifah di muka bumi ini.
Ayuh sahabat-sahabat, bangunlah dari lenamu! Perjuangkan kembali sistem khalifah yang pernah tertegak!

ala zul, takyah la tulis untuk paknap.
ReplyDeletehabaq kat dia redah je istanbul tu.:p
alah.orang banyak duit..tue yang berjalan sakan
ReplyDeletesalam saudara zulfahmi al-Fatih .. msg `seseorang` ? pandai hang zool nak perkenakan aku. pangkah dalam blog x leh balas ah..huhuhuhu. teruskan meng`update`. paknap duk menanti2 tu.. :)
ReplyDeleteala afiq kawan kita tgh dok angkat saham kita kena bagi la sokongan kat dia...haha
ReplyDeletennt aku naikkan saham dia plak kat korea ni sure melambong punya...
lg pon aku p sana mmg nak redah ja sbb kami bagpackers+photographer...hehe
(ayat nak hebat ja)
Memang dah agak azhan ni ada 'sesuatu' dgn 'seseorang'. ish
ReplyDelete