Followers

Friday, April 20, 2012

Melainkan dengan 'InshaAllah'



"Ala, esok aku buat la," jawab kita dengan yakin.


"Ta'aal bukrah (datang esok pagi)," kata seorang pakcik Arab.


Ini adalah antara ayat-ayat yang kita biasa dengar dalam hidup kita. Malah kita sendiri seringkali menyebutnya.


Teguran Dari Allah


Suatu hari ada beberapa orang Quraisy telah pergi berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. Mereka ingin bertanya tentang roh, kisah Ashabul Kahfi, dan kisah Zulqarnain kepada baginda.

Lalu baginda pun menjawab dengan yakin, "Datanglah esok. Aku akan ceritakan,".

Akan tetapi pada esok harinya ditakdirkan wahyu masih lagi belum diturunkan dan Rasulullah s.a.w. tidak dapat menjawab segala persoalan tersebut.

Maka turunlah wahyu dari Allah untuk menegur perbuatan baginda.

 [24]...ُوَلَا تَقُوْلَنِّ لِشَاْىءٍ إِنِّى فَاعِلٌ ذَلِكَ غَدًا [23] إلَّآ أَنْ يَشَآءَ الله

"Janganlah kamu berkata kepada sesuatu perkara, 'Esok saya akan lakukannya'. Melainkan dengan menyebut 'InshaAllah'."
[Al-Kahfi; 23-24]


InshaAllah


'InshaAllah' membawa maksud 'jika Allah izin'.

Adakah kita pasti 100% bahawa kita boleh melakukan sesuatu perkara tanpa izin Allah?

Tentunya tidak.

Jadi, janganlah kita mengucapkan yang kita akan melakukan sesuatu perkara dengan yakin.

Melainkan dengan 'InshaAllah.