Followers

Saturday, November 7, 2009

Yang Tua Dihormati Yang Muda Disayangi

Bersama super senior Tanta, Doktor Hamzah

" Kena bagi buleh sungguh-sungguh skills praktikal sebelum masuk H.O. Nanti masa H.O mana dan dah nak belajaq semua tu. Kalau tak, jadi macam saya dulu," pesan Dr Hamzah dalam loghat utaranya.

Itulah pesanan yang berkali-kali disebut sepanjang pertemuan saya dengan Dr Hamzah pada cuti musim panas yang lalu. Beliau merupakan salah seorang daripada rakyat Malaysia tajaan JPA yang menjadi generasi terawal menyambung pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Tanta, Mesir pada sekitar tahun 1974.

Pertemuan yang singkat pagi itu saya gunakan sepenuhnya untuk berkongsi pengalaman dengan beliau. Bagaikan seorang ayah memberi nasihat kepada anaknya. Kini beliau sudahpun menamatkan perkhidmatannya sebagai doktor. Sebelum ini beliau pernah berkhidmat di Pejabat Kesiahatan Sik, Bandar Baharu, dan Kota Setar. Di antara sahabat-sahabat beliau pada masa itu ialah Dr Tuan Yusoff, ayah kepada Tuan Ashraf pelajar perubatan Tanta tahun 2 sekarang dan Dr Rusdi, ayah kepada Muhammad Fathurrahman yang juga ahli bait saya.

Seronok mendengar cerita orang tua-tua. Tetapi keadaan pada masa itu amat berbeza dengan sekarang. Beliau berpesan kepada saya dan rakan-rakan di Tanta sekalian agar rajin belajar, seeloknya apa yang dipelajari pada hari tersebut hendaklah disettlekan pada hari itu juga. Tambah beliau lagi, fokuskan kepada past year questions untuk menghadapi peperiksaan. Practical skills hendaklah dikuasai sebelum masuk alam pekerjaan dan bagi yang berpeluang untuk pulang ke Malaysia pada masa cuti digalakkan untuk membuat attachment. Akhir sekali beliau kirim salam kepada sahabat semua.

Moga Ada Manfaat.

6 comments:

  1. tapi jgn dilupa niat belajar krn apa? bukan krn nak dapat pointer tinggi, bukan krn nak jadi hamba kerja, bukan krn nama dan pangkat, bukan krn kekayaan dunia, bukan krn nak jadi mangsa kapitalis. tp kerana ilmu itu sendiri...krn ummah... krn Allah..

    ReplyDelete
  2. manusia lazimnya lupa pada asal usul bila sudah senang..ingat pada orang yang banyak bersusah- payah demi kesenangan dan kejayaan kita..baru berkat hidup

    ReplyDelete
  3. Moga ada pengalamannya...

    Didoakan menjadi doktor yang mukmin dan soleh...

    ReplyDelete
  4. assalamua'laikum wbt zul...dr hamzah dh kembali ke rahmatullah pg td (12.01.2011)

    ReplyDelete