Followers

Wednesday, March 24, 2010

1001 Inventions

1001 Inventions-Muslim Heritage in Our World

"Apip, apa cerita buku Dr. Safwat aritu?" soal Azhan semasa kami minum-minum di El-Kookh pagi tadi.

"Oh, buku tu dah siap semak dah. Tinggal nak buat design je," jawab Afif.

Di antara projek batch saya tahun lepas adalah menterjemahkan buku 'The Scientific Miracle of Qur'an (Embryology)' karangan Professor Doktor Safwat El-Deeb, Pensyarah Jabatan Anatomi & Embriologi di universiti kami. Hingga kini, buku itu masih dalam proses pembikinan sebelum kerja-kerja percetakan dilakukan. Doakan segala urusan dipermudahkan seterusnya dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar perubatan Islam khususnya dan masyarakat Muslim amnya.

1001 Inventions

Semasa bercuti di UK baru-baru ini, saya dan rakan-rakan berpeluang ke Science Museum di sana. Secara kebetulan, muzium tersebut sedang mengadakan pameran berkenaan penemuan-penemuan Islam dalam dunia kita hari ini. Saya amat tertarik dengan pelbagai penemuan dalam hidup kita seharian yang pada asalnya ditemui oleh ulama' Islam pada zaman dahulu. Dalam pameran tersebut, ia dibahagikan kepada tujuh perkara asas yang utama iaitu rumah, sekolah, hospital, pasar, bandar, dunia, dan semesta yang semua ini ditemui oleh orang Islam.

Oleh kerana terlalu banyak maklumat yang saya tertarik tetapi dihadkan dengan kemampuan otak saya untuk menerima semua maklumat itu dalam satu masa, saya mengambil keputusan untuk membeli sahaja segala maklumat tersebut dalam 1 buku yang bertajuk '1001 Inventions-Muslim Heritage in Our World'. Di sini saya akan ceritakan serba sedikit tentang tujuh perkara asas yang disebutkan tadi.

Rumah

Kita akan menemukan di mana kopi itu berasal, yang menggunakan deodoran seribu-tahun-lalu, jam setinggi tujuh meter, hiburan di rumah pada zaman pertengahan, asal-usul tiga jenis hidangan dalam makanan, dan muzik.

Sekolah

Kita akan menjelajah asal-usul universiti, menggali lokomotif intelek Baghdad, dan mengagumi bagaimana semua bangsa dan agama bekerja sama untuk menguntungkan semua pihak.

Hospital

Membuka mata kita untuk pembedahan rumit dan kompleks seperti pembedahan katarak menggunakan instrumen bedah satu milenium yang lalu. Mengetahui di mana vaksinasi teratur, jahitan dalaman dan asal-usul semua hospital-hospital mengajar.

Pasar

Mengikuti perkembangan pesat perdagangan antarabangsa berdasarkan sumber tenaga yang terbaru dan pertanian yang maju serta teknik pertanian Muslim abad pertengahan. Ini semua menyediakan peluang pekerjaan dari Toledo ke Delhi, pada saat syiling arab sedang ditiru di Inggeris dan cek diterima sebagai legal tender di Timur.

Bandar

Berjalan melalui bandar Muslim seribu tahun lalu di atas laluan pejalan kaki. Kita juga boleh mengetahui dari mana datangnya bangsal atau rumah kaca, siapa yang bertanggungjawab mencipta khemah besar, dan Pemikiran Sir Christopher Wren tentang senibina Muslim.

Dunia

Mengetahui siapa yang menerangkan tentang konsep pelangi dan air pasang surut, kajian tentang mineral, laut dan gunung, dan bermusafir dalam jarak yang jauh menggunakan peta yang mempunyai seni tersendiri dan alat penunjuk arah, dalam masa yang sama membuktikan bahawa Bumi berbentuk sfera.
Kemudian pada masa senggang, Muslim pada abad pertengahan juga mendedahkan kita kepada dekripsi, peluru berpandu, dan sistem pos.

Semesta

Mencari pengalaman dengan kapal terbang buatan manusia yang berjaya berusia 1200 tahun. Mempelajari tentang langit yang mana telah dipetakan dengan tepat dengan alat-alat astronomi yang canggih, rumit, dan kompleks di bawah pengamatan seribu tahun lalu.

Salah seorang daripada kami memberi cadangan supaya bab hospital di dalam buku ini juga diterjemahkan sebagai projek batch kami pada tahun ini. Idea yang sangat bagus tetapi pelaksanaannya yang memerlukan kepada pengurusan yang baik. Kita lihatlah sejauh mana projek ini berjalan kerana setakat ini ianya masih di peringkat cadangan.

Di bawah ini saya sertakan video yang kami tonton di muzium tersebut kepada anda sebagai pencetus minat untuk kita lebih mengkaji tentang ilmu-ilmu Islam pada zaman kegemilangan Islam suatu masa dahulu.


5 comments:

  1. u owe me for the video is here.

    hee~ XD

    so please let me borrow the book.

    please..=D

    ReplyDelete
  2. haha..
    harap maaf..
    buku ini hanya untuk bacaan di bilk ini sahaja..
    tidak boleh dibawa keluar..
    :D

    ReplyDelete
  3. Salam ... Sahabat ku zul yang di sayangi...

    Moga dalam redha Allah...itulah hebatnya tawakkal..bila hampa geng2 mesir balik..aku pencen la..org2 hebat dah balik...haha...

    Zul...cuma aku nak pesan..untuk keselamatan..muka depan pasport hg dgn kwn hg yang ada gambaq tu ganti la dgn gmbaq lain... Agak bahaya dipamerkan mcm tu...sbb ada no siri, kerakyatan dll...

    Bila hang nak balik ni...?

    ReplyDelete
  4. Terjemah la keseluruhan buku '1001 Inventions-Muslim Heritage in Our World' tu :)

    Teruja juga hamba menonton video tu. Bilalah Islam hadhari eh, Hadharah Islamiah akan mengulangi kegemilangannya...

    ReplyDelete
  5. terima kasih al-aman atas sokongan..
    entah bilalah nak siap terjemahan ni..
    tak mula-mula lagi..

    ReplyDelete