Followers

Tuesday, October 12, 2010

Herniorrhaphy





Herniorrhaphy (Hernioplasty, Hernia pembaikan) adalah prosedur pembedahan untuk memperbaiki hernia. Hernia adalah penonjolan organ atau tisu, yang menonjol melalui lubang abnormal pada dinding otot. Hernia boleh terjadi di abdomen, perut, dan di lokasi pembedahan terdahulu.


Pada 26 Ogos yang lalu, tepat jam 4.00 petang, saya telah ditolak masuk ke bilik pembedahan Hospital Sultanah Bahiyah untuk menjalani pembedahan hernioorrhaphy ini. Saya telah mengalami sakit di bahagian inguinal sejak dari lepas SPM lagi. Tetapi pada awal tahun ini baru saya mendapatkan pemeriksaan doktor. Itupun selepas didesak oleh kawan-kawan serumah.


Sehari selepas pembedahan, saya dibenarkan pulang ke rumah. Tetapi malangnya saya menghadapi post operative complications (komplikasi selepas pembedahan) iaitu spinal headache (sakit kepala spina). Ini adalah kerana doktor telah menasihati saya untuk baring di atas katil sekurang-kurangnya 6 jam selepas pembedahan untuk menstabilkan dan mengelakkan cerebrospinal fluid (air tulang belakang) daripada leaking (bocor) kerana saya telah dibiuskan (anaesthesia) secara lumbar puncture (injeksi di bahagian lumbar). Tetapi seingat saya dalam tempoh 6 jam itu saya ke tandas 3-4 kali.


Saya kemudian dibawa kembali ke hospital dan doktor menasihatkan agar saya mengambil caffeine (kopi) dalam jumlah yang banyak untuk melegakan sakit kepala. Alhamdulillah, setelah seminggu sakit kepala saya mulai reda.


Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang mendoakan saya tempoh hari. Untuk tempoh 3 hingga 6 bulan, doktor tidak membenarkan saya terlibat dalam apa jua jenis sukan dan melarang saya daripada mengangkat barang yang terlalu berat untuk mengelakkan penyakit ini akan berulang lagi.




Sebelum :D

Selepas :(

7 comments:

  1. doc zul!lepas ni kene dgr kata doc sekeliling..

    'Untuk tempoh 3 hingga 6 bulan, doktor tidak membenarkan saya terlibat dalam apa jua jenis sukan dan melarang saya daripada mengangkat barang yang terlalu berat untuk mengelakkan penyakit ini akan berulang lagi.'...(copy paste) :)

    semoga sembuh...ameen..

    ReplyDelete
  2. patut x nampak time program tautan mahabbah ari tuh...
    syafakallah..

    ReplyDelete
  3. aah..
    sorila xdpt turun futsal utk 3 bulan ni..
    xpa farid ada..
    dah boleh jaga adik2..:p

    ReplyDelete
  4. opsie...
    bro, mira bru p baca perabih
    x bole agkt brg berat2
    huhuhu.. sory!!

    now i know pasepa smpi bole kena spinal headache!
    tinggi sgt tuh

    ReplyDelete
  5. Salam Zool
    La hg kena hernia ka? La ni camna? Semoga cepat sembuh. huhu susah aar nk maen bola pasni.

    Hafiz Fauzi

    ReplyDelete
  6. wslm..
    aku dh operate aritu..
    doc suh rehat 3-6 bulan..

    ReplyDelete
  7. salam boss...sakit tak semasa pembedahan dan selepas pembedahan??

    ReplyDelete