Followers

Wednesday, July 29, 2009

Berjalan, Melihat, dan Mentafsir

Ahmet Fountain

Air Pancut Sultan Ahmed III di luar pagar istana. Tempat tumpuan dan kegiatan rakyat marhaen. Ada empat kepala paip semuanya. Di belakang gerigi besi ada pekerja yang menyediakan sherbet atau minuman percuma untuk hamba rakyat. (sumber)

Topkapi Sarayi atau Muzium Topkapi terletak di belakang sebelah kanan Hagia Sophia. Antara yang menarik ialah pedang Rasulullah dan para sahabat, janggut Baginda, tongkat Nabi Musa dan banyak lagi. Malangnya kami tak dibenarkan untuk mengambil gambar di dalam muzium ini.

Jalan masuk ke Muzium Topkapi

Pintu masuk ke kawasan muzium (dulunya istana Sultan)

"Cantiknya tempat ni!"

Selat Bosphorus di belakang

Muzium Teknologi & Sejarah Islam


Model sebuah alat yang digunakan pada zaman kegemilangan Islam dahulu pada tahun 1260 Masihi. Ia digunakan untuk mengukur diameter matahari dan bulan.

Alat-alat pergigian oleh Al-Zahrawi pada kurun ke-10

Mesin pengangkut air menggunakan kuasa haiwan

Model roda kumparan ini telah digunakan secara meluas di dunia Islam dan masih lagi digunakan di Mesir, Sepanyol, dan India. Model ini dibina dengan merujuk penerangan-penerangan yang terdapat dalam buku Al-Jazari (1200 Masihi).

Buku Pelawat (sila baca kalau nampak)

Basilica Cistern

Ia adalah sebuah sistem pengairan bawah tanah pada zaman empayar Justinian. Tak peliklah di dalamnya terdapat Medusa Head yang hingga sekarang tak diketahui asal-usulnya dan saya pun tak berminat untuk mengkaji. Tetapi saya suka tempat ini kerana ianya sejuk. Mungkin kerana air di bawahnya yang menyejukkan tempat ini.


Orang kata tempat macam ni dah ada dekat Taman Tamadun Islam di Terengganu. Cuma bezanya yang itu di dalam Masjid Kristal dan yang ini di luar ataupun di kawasan lapang. Saya pun tak pasti sebab saya pun belum pernah sampai lagi ke sana. Apapun, bagi yang ingin pergi ke sini hendaklah menaiki bas bernombor 47E atau 47C dari Eminonu dan turun di stesen Miniaturk.

Azhan dengan 'Eyub Mosque'nya

Ustaz Muin mesti jeles sebab kami sampai dulu ke Masjid Al-Aqsa

Dome of the Rock pun!!!


5 comments:

  1. Cuma nak bertanya, jangan marah arr. Orang kata tulisan doktor memang hodoh, susah nak dibaca. Tapi bila tngok tulisan Dr. Hisham kat buku pelawat tu lawa je. Adakah ini semua hanya dongengan? Tulisan Dr. Zulfahmi dan Dr.Azhan plk mcm mane?

    -Yang musykil-

    ReplyDelete
  2. Ya, setakat ini, ia semua hanya dongengan. Tak tahulah nanti masa dah bekerja macam mana. Mungkin hodoh sebab ramai 'patient' yang sedang menunggu. Kalau tulis lambat-lambat dan cantik-cantik, kesianlah mereka.

    ReplyDelete
  3. tulisan hodoh tak nak bagi patient faham.. contoh patient ade masa 3 hari je nak hidup.. x nak bagi patient faham,tulis ah hodoh2.. sat gi x sempat 3 hari,mati terus.. ni pun cerita dongeng je.. :p

    banyak2 yang zool tulis mi, yang bahagian tulisan je anta comment.. :)

    ReplyDelete