Followers

Tuesday, June 23, 2009

Mim Sad Ra'

Salah satu Mua'af di Asyir Syarqiyyah


"Entu mish fil qahirah! Entu fi balad taniah!"


"Kamu bukan di Kaherah! Kamu dekat tempat lain ni!"

Begitulah kata-kata ammu (pak cik) yang jual tokmiyah (sejenis makanan di Mesir) itu kepada kami. Kisah ini berlaku dua hari yang lepas. Ketika itu saya, Azhan, dan Zulkifli hendak menuju ke Hayyu Asyir (Seksyen 10). Tetapi lain pula jadinya.

DARI AIRPORT

Selepas menghantar rakan-rakan kami yang ingin pergi bercuti di airport baru (Terminal 3), kami bertiga pun berpatah balik ke tramco (van yang digunakan untuk membawa penumpang di Mesir) yang kami naiki dari Tanta tadi. Selepas berbincang, pemandu tramco hanya bersetuju untuk menghantar kami ke Mau'af Salam (Perhentian Salam) dengan alasan beliau tidak mempunyai tasrih (pas masuk) ke Hayyu Asyir. Katanya dari situ kami boleh ke Hayyu Asyir dengan menaiki tramco yang lain.

Selepas membayar duit kepada pemandu berkenaan, kami pun menuju ke tempat perhentian tramco tersebut. Memang ternyata terdapat tramco ke Asyir di situ. Selepas membayar tambang LE 2.25 seorang, tramco pon bergerak. "Mahalnya dua genih rubu'! Padahal dekat je," detik hati saya. Tetapi saya diamkan saja.

Dalam perjalanan, kami mengambil peluang untuk berborak selepas lama tidak dapat peluang sebegini dek kerana hambatan peperiksaan. Azhan menghubungi kawannya di Hayyu Asyir untuk menyediakan makanan tengahari untuk kami. Dalam perjalanan, Zulkifli menegur saya tentang warna teksi yang berwarna merah putih di Zagaziq. Saya pun tak pasti kerana sepatutnya teksi di Kaherah berwarna hitam putih.

TAK SEDAR LAGI

Seorang demi seorang penumpang turun. Akhirnya tinggal kami berenam (tambah pemandu dan 2 orang penumpang lain di hadapan). Saya dah mula pelik kenapa kami tiba di satu perhentian yang lain dan bukannya di bawabat seperi di Hayyu Asyir. Saya dah mula tak sedap hati. Dalam keadaan yang masih optimis, saya bertanyakan pemandu itu bagaimana cara kami untuk ke Suq Sayyarat (Pasar Jual Kereta). Dengan yakin, beliau menjawab, "Kamu tahan teksi dan bayar 2 genih,".

Alangkah terkejutnya saya apabila teksi pertama yang kami tahan itu hendak 80 genih! Hati saya mendengus, "Eleh, dia ingat dia boleh tipu aku?!". Teksi itu pun berlalu memandangkan kami tak bersetuju dengan harga yang ditawarkannya. Azhan mengambil keputusan untuk bertanyakan ammu-ammu yang sedang melepak-lepak di tepi jalan. Ammu-ammu itu pun menyarankan kami agar menaiki teksi. Ada seorang ammu itu tanya, "Kamu nak buat apa pergi Suq Sayyarat? Kamu nak beli kereta ke? Kamu ni orang Syria ke?". "Tak, kami orang Malaysia," jawab Azhan acuh tak acuh.

SESAT

Tetapi usaha kami gagal. Semua teksi tak mahu pergi ke tempat itu. "Kita sesat paa! Abang Hanif dulu pernah kena dah sekali," Azhan membuat andaian. Kali ini saya sudah sedikit yakin dengan kata-kata Azhan. Lalu kami mengambil keputusan untuk mengesahkan bahawa kami betul-betul tersesat. Lalu keluarlah dialog seperti di awal entri ini dari mulut penjual tokmiyah tadi.

"Dugaan, dugaan," kata Zulkifli.

"Ni semua tarbiyah dari Allah ni," Azhan membuat kesimpulan.

Patut la tambang tramco tadi mahal sangat.

Patutla teksi kat situ berwarna merah putih.

Patut la ammu tu kata kami orang Syria sebab tak ada orang Malaysia yang pernah ke situ.

Patut la teksi tadi nak 80 genih sebab jauh.

Akhirnya, saya terpaksa akur dengan ujian ini bahawa kami memang betul-betul telah tersesat. Kami telah tersesat jauh kira-kira 50 km di timur Mesir. Sebab itu teksi-teksi di kawasan itu berwarna merah putih kerana kami ketika itu berada di Muhafazah Syarqiyyah (Wilayah Timur) di bumi anbiya' ini.


Zulkifli yang haus dan Azhan yang tension

ADA LAGI

Cerita tidak berakhir di situ saja, semasa menunggu bas yang akan kami naiki untuk ke Ramsis, saya mulai pelik kerana setiap orang yang masuk akan memeriksa tiket di tangan. "Kena beli tiket ke?," saya tanya Azhan. Kelam kabut saya turun dari bas untuk membeli tiket. Nak dijadikan cerita, penjual tiket itu tak ada duit baki. Terpaksalah saya bersusah payah membeli sesuatu untuk menyediakan duit yang secukupnya.

Masa saya sampai ke kaunter tiket, tak ada orang yang ingin membeli tetapi selepas saya mendapatkan duit kecil ramai pula orang. "Habislah aku kalau kena tinggal. Dah la beg aku ada dalam bas," bisik hati saya. Akhirnya kami dapat tiket yang ketiga terakhir dengan harga LE 2.75 seorang. Alhamdulillah. Kalau tak, penat nak kena tunggu bas penuh. Selepas 1 jam 15 minit perjalanan, kami selamat sampai di Ramsis.

Bas yang kami naiki untuk ke Ramsis

'IBRAH


Betullah orang cakap Mesir ini Mim=Musibah, Sad=Sabar, Ra'=Redha. Terpulanglah kepada para pembaca sekalian untuk membuat kesimpulan. Yang penting kita mengambil pengajaran dan ibrah di sebalik setiap kejadian. Sesat jalan lebih mudah untuk berpatah balik berbanding sesat hati dan amalan. Kalau Allah dah bagi signs tu, jangan tunggu lama-lama untuk berpatah balik dari 'kesesatan' kita itu.

رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

"(Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu; kerana sesungguhnya Engkau Maha Pemberi (kurnia).""[Ali 'Imran 3: 8]

Amalkanlah doa ini selalu selepas solat fardhu.

Wallahua'lam.

9 comments:

  1. salam~
    nice blog anyway....

    kes ni selalu terjadi kat mereka yang nak mai zagazig.zg pon ada tmpt nama salam, banyak plak tuh...ehheheh,kelakar plak rasanya...

    apa2 pon. belajar melalui pengalaman!
    mabruk alayk!

    ReplyDelete
  2. salam alayk

    cmne nk p hayyu asyir boleh sesat jawh sgt tu hehe cmne pn alhamdulillah la selamat je xde pape =)

    ReplyDelete
  3. masyaAllah..seronoknye berjalan dgn orang2 soleh seperti kalian..penuh dgn hikmah dan sabar =p

    oit, dtg cairo tak singgah blk pn!!

    eh,aku rasa dulu blog ko wordpress kan? apsal tukar blogspot plak?

    ReplyDelete
  4. sebab ko pki blogspot effy..

    ko idola aku effy..

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Huhu, tapi makan sedap di rumah kawan Azhan tu :)

    Allah balas balik dugaan tu, huhu. Semua makan nasi dua pinggan. ABC pulak lagi.

    ReplyDelete
  6. laaa kenapa tak pergi ke hayyu aasyir di sittah oktober atau hayyu aasyir di Suez ke? hihi

    alhamdulillah... sampai juga ke destinasi.

    ReplyDelete
  7. Setelah "UstazNazmi" berkelana ke bumi anbia 3H 2M, maka terbuktilah secara filosopinya bahawa teori Mim Sod dan Ro itu adalah benar...

    haha

    Zul..artikel ke tiga aku masih dalam rangkaan..tak dan nak siap.. Dok kalut standby nak praktikum.. Pulak do kalut sambut student baru.. almaklumlah..jadi YB lagi aku ni selepas menang lagi penggal ni..

    Kalau la aku fasih cakap arab.. aku nak bagi satu falsafah buat orang arab mesir...

    "Jika di mesir-mesirkan apa yang di mesir-mesirkan, maka akan termesir-mesirlah apa yang di mesir-mesirkan"

    ReplyDelete
  8. Setelah "UstazNazmi" berkelana ke bumi anbia 3H 2M, maka terbuktilah secara filosopinya bahawa teori Mim Sod dan Ro itu adalah benar...

    haha

    Zul..artikel ke tiga aku masih dalam rangkaan..tak dan nak siap.. Dok kalut standby nak praktikum.. Pulak do kalut sambut student baru.. almaklumlah..jadi YB lagi aku ni selepas menang lagi penggal ni..

    Kalau la aku fasih cakap arab.. aku nak bagi satu falsafah buat orang arab mesir...

    "Jika di mesir-mesirkan apa yang di mesir-mesirkan, maka akan termesir-mesirlah apa yang di mesir-mesirkan"

    (ustaznazmi, 2009)

    ReplyDelete
  9. salam abg zul~ huhu
    wlpn sesat, pengalaman tu penting
    x pnh ag org msia smpai sn tuu
    thniah2 sbb ptama kali smpai, leh wt book of records :P
    lgpn, nmpk lawa je tmpt tu, hehe~

    ReplyDelete